PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Ahad, 16 Mac 2014

Projek Cili Fertigasi dan Khidmat Nasihat untuk sessi 2013/2014

Projek dan permintaan terhadap projek
Untuk tahun 2013/2014 beberapa projek telah dan sedang saya lakukan demi membantu rakan-rakan seperjuangan untuk membangunkan bekalan makanan untuk Malaysia. Permintaan untuk semua jenis cili tidak pernah surut. Sektor makanan merupakan satu cabang perniagaan yang mempunyai permintaan yang melebihi penawaran kerana hampir kesemua makanan samada bekalan protein seperti daging, tanaman, mahu pun keperluan seperti padi masih di import.
Maka secara keseluruhannya memang berbaloi untuk dilakukan. Namun begitu beberapa faktor dan risiko perlu difikirkan dan timbang tara dilakukan sebelum memulakan tanaman.

Seperti yang saya nyatakan, amat kurang masalah harga cili mengalami penurunan. Namun kos tetap dan semasa perlu dititikberatkan agar risiko rugi dapat dikurangkan.
Perkara asas untuk tanaman fertigasi ialah seperti mendapatkan bekalan bahan, memulakan infrasruktur dan sistem tanaman yang akan dijalankan perlu difikirkan.

Walaupun begitu, tanaman cili memerlukan ketekunan dan pemerhatian yang teliti sepanjang masa seperti menjaga seorang bayi  yang perlu dibelai sentiasa.

Buat masa ini, kos bahan mentah dan bahan api telah meningkat menyebabkan kos keseluruhan tanaman secara fertigasi turut merasa kesannya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan projek ini, pastikan anda mempunyai minat mendalam dan sanggup bekerja keras memastikan tanaman dijaga rapi disamping mempunyai modal permulaan yang mencukupi.

Saya menyediakan pakej yang mudah dengan kos tanaman sebanyak RM18 sepokok untuk satu sistem fertigasi(dan ini tidak termasuk upah membersih dan meratakan tapak projek dan infrastruktur yang lain). Disamping itu, pihak MRU Enterprise akan membimbing peserta projek sehingga pokok mula menghasilkan buah. Khidmat nasihat akan diberikan secara percuma dan tidak ada rahsia disimpan dalam cara menjalankan projek tanaman fertigasi.

Buat masa ini, beberapa projek pelanggan telah dan sedang dilakukan

Projek : En Ahmad di Kuala Dipang



Projek ke-2: Di Kuala Dipang
Tanaman yang berbunga untuk projek pelanggan




Projek pelanggan ke-3 




Projek di Kampng Seri Rahmat: En Raja dan Megat Izuddin



En Wan telah menjalankan projek tanaman di kampung halamannya setelah mendapat pengalaman bekerja di MRU Enterprise. Seorang yang amat berdedikasi, semoga projek fertigasinya berjaya.


Semoga anda semua berjaya.


20 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. En. Rasid, boleh tak nak mintak quotation lengkap untuk penanaman cili kulai dengan menggunakan sistem fertigasi. anggaran dalam 500 pokok.

    ni email sy: izz_niza88@hotmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk 500 pokok rm9000 termasuksemua kelengkapan fertigasi,anak benih serta pantauan sehingga mengeluarkan hasil Bg negeri
      Perak

      Padam
  2. Berapakah kos untuk 1000 pokok.. kawasan selangor?

    BalasPadam
  3. Saya memerlukan anak poko cili sebanyak 100,000 pokok. Harap tuan dapat membekal atau memberikan bantuan agar saya boleh mendapatkan bekalan tersebut. Boleh hubungi saya melalui email : mr.khairulnizamlatafi@gmail.com atau call 017-9405540

    BalasPadam
  4. Anggaran luas tapak n quotation utk 200pokok cili. Area penampang sabah.
    Email sy debbie.petrus@yahoo.com, wasap 0146742680
    (Sy bru hendak mulakan perniagaan n serius dgn perniagaan ciki)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila berhubung dgn sms/telefon.... banyak faktor nk kena ambil kira utk menentukan kos... contohnya penanaman utk 1000 pokok di dalam kawasan hutan lebih mahal berbanding tanah tepi jlnraya..

      Padam
  5. Tuan saya x ada kawasan yang luas...adakah beruntung sekiranya saya nak tanam dalm 500 pokok n berapa anggaran sampai berbuah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pengalaman saya.... 1500 adalah tahap minima yg sesuai memandangkan sesuatu projek perlu mengira kos infra dan sistem, air elektrik...perkara asas yg memerlukan duit walaupun nak tanam 200 pokok, 500 atau pun 1500 pokok..

      Padam
  6. Tuan sy nk start dgn 500 anak pokok.kos yg ada sekarang hanya RM9000.00 sahaja.sila beri kos2 yg penting untuk menjayakan projek nie

    BalasPadam
  7. Tuan sy nk start dgn 500 anak pokok.kos yg ada sekarang hanya RM9000.00 sahaja.sila beri kos2 yg penting untuk menjayakan projek nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara ringkas..kena decide nak buat sistem terbuka atau rumah lindungan hujan. Jika sistem terbuka, perkara asas:
      1.Sumber air &elektrik
      2. Sistem fertigasi termasuk tangki air 2, paiping, dsbnya
      3.Baja dan racun serangga.Baja-sila belajar buat sendiri berbanding membeli di kedai pertanian. Racun,-kena belajar jenis penyakit dan racun yg perlu.
      4. Rumah stor dan tempat berehat.
      Untuk keterangan lanjut, sila whatapps

      Padam
  8. Boleh dapat pengkiraan kos Baja AB untuk sepokok cili kulai.
    Pengkiraan saya adalah pati AB perlu 4.2liter untuk sepokok cili . Jadi baja untuk sepokok cili ialah RM5++. Rasa mahal .....
    Tolong tanya siapa boleh bagi pengkiraan yang benar :) terima kasih

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Masih aktif ...sehingga terkini 10/10/2019 masih menjalankan aktiviti fertigasi dgn tanaman tanaman lain

      Padam
  10. Saya nk cuba dalam 50 pokok bleh x tuan? saya masih mahu belajar dulu untuk tanam cili jepun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya utk tanam mencuba tujuan berniaga... Cuba 1500 pkok sebab masa yg sama diperlukan utk urusan walaupun 50 pokok ... Tak berbaloi jika masa yg sama digunakan..
      Tapi kalau setakat nak belajar ... Boleh je

      Padam
  11. Kalau nak cuba boleh dgn 50 pokok.. tetapi untuk komersial elok 1500 ke 3000 pokok...

    BalasPadam