PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Isnin, 23 November 2015

Musim baru 23 November 2015 dan penanaman cili kulai dgn rumah lindungan hujan

MRU Enterprise sedia menerima tempahan anak benih cili dari jenis kulai,cili jambak, F1 dan cil padi.
Menjelang musim hujan, penggunaan Rumah Lindungan Hujan amatlah berguna dengan pengurangan kos baja dan racun serangga.


Namun begitu terdapat kekangan jika menggunakan rumah perlindungan hujan.
Oleh kerana serangga sukar masuk, bermakna sukar pendebungaan bunya pokok cili dpt dilakukan kerana hanya didebungakan melalui bergerakan angin,manusia dan gegaran pokok. Banyak kaedah digunakan:
1. Memelihara lebah kelulut, tetapi keadaan  sukar bila meracun dan kesensitifan lebah kelulut.
2. Menggunakan alat gegaran utk menggegarkan pokok
3. Menggunakan khidmat serangga semulajadi alam tetapi akan mengundang bersama makhluk perosak lain tetapi boleh dikawal dgn racun serangga.

Tepuk dada tanya selera....

Pada peringkat tumbesaran.. jaring kalis serangga perlu digunakan...tapi pd peringkat berbunga sahaja dibuka jaringnya....(kaedah saya)

Lampiran Gambar ....saya belanja

 Tunas air jangan lupa dibuang


 Anak benih pokok siap sedia untuk dijual dan ditanam (kalau nak beli sila maklum pada saya)
Manager(paling depan)  turut bersama staf menyediakan penanaman anak benih cili dgn peatmoss

Sekian..sehingga berjumpa lagi..