PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Ahad, 16 Mac 2014

Projek Cili Fertigasi dan Khidmat Nasihat untuk sessi 2013/2014

Projek dan permintaan terhadap projek
Untuk tahun 2013/2014 beberapa projek telah dan sedang saya lakukan demi membantu rakan-rakan seperjuangan untuk membangunkan bekalan makanan untuk Malaysia. Permintaan untuk semua jenis cili tidak pernah surut. Sektor makanan merupakan satu cabang perniagaan yang mempunyai permintaan yang melebihi penawaran kerana hampir kesemua makanan samada bekalan protein seperti daging, tanaman, mahu pun keperluan seperti padi masih di import.
Maka secara keseluruhannya memang berbaloi untuk dilakukan. Namun begitu beberapa faktor dan risiko perlu difikirkan dan timbang tara dilakukan sebelum memulakan tanaman.

Seperti yang saya nyatakan, amat kurang masalah harga cili mengalami penurunan. Namun kos tetap dan semasa perlu dititikberatkan agar risiko rugi dapat dikurangkan.
Perkara asas untuk tanaman fertigasi ialah seperti mendapatkan bekalan bahan, memulakan infrasruktur dan sistem tanaman yang akan dijalankan perlu difikirkan.

Walaupun begitu, tanaman cili memerlukan ketekunan dan pemerhatian yang teliti sepanjang masa seperti menjaga seorang bayi  yang perlu dibelai sentiasa.

Buat masa ini, kos bahan mentah dan bahan api telah meningkat menyebabkan kos keseluruhan tanaman secara fertigasi turut merasa kesannya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan projek ini, pastikan anda mempunyai minat mendalam dan sanggup bekerja keras memastikan tanaman dijaga rapi disamping mempunyai modal permulaan yang mencukupi.

Saya menyediakan pakej yang mudah dengan kos tanaman sebanyak RM18 sepokok untuk satu sistem fertigasi(dan ini tidak termasuk upah membersih dan meratakan tapak projek dan infrastruktur yang lain). Disamping itu, pihak MRU Enterprise akan membimbing peserta projek sehingga pokok mula menghasilkan buah. Khidmat nasihat akan diberikan secara percuma dan tidak ada rahsia disimpan dalam cara menjalankan projek tanaman fertigasi.

Buat masa ini, beberapa projek pelanggan telah dan sedang dilakukan

Projek : En Ahmad di Kuala Dipang



Projek ke-2: Di Kuala Dipang
Tanaman yang berbunga untuk projek pelanggan




Projek pelanggan ke-3 




Projek di Kampng Seri Rahmat: En Raja dan Megat Izuddin



En Wan telah menjalankan projek tanaman di kampung halamannya setelah mendapat pengalaman bekerja di MRU Enterprise. Seorang yang amat berdedikasi, semoga projek fertigasinya berjaya.


Semoga anda semua berjaya.