PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Isnin, 18 Mac 2013

Status Tanaman

Umur pokok dewasa dah masuk 3 bulan lebih... Kutipan utk pokok 1200 adalah 70 kg(purata) sehari manakala untuk kutipan tertinggi adalah 130kg sehari. Kutipan setiap hari tanpa selangan hari dan sekiranya ada selang hari...kutipan hari berikutnya akan jadi sekali ganda. Harga cili sekilo kini adalah sekitar RM6/kg.
Tugas kerja yg tak habis Macam biasa... Tugas berjadual meracun perlu dititik beratkan bagi memastikan tumbesaran pokok dlm keadaan baik... Memetik daun tunas air yang perlu dibuang supaya anak tunas air tidak memakan baja... Yang rugi kita jugak... Lebih baik buang jer
Tunas air
Tunas air yg telah dikitip

Sabtu, 9 Mac 2013

Saiz Cili Yang Boleh Dicapai

Saiz cili yang terhasil adalah benar, bukan diedit guna adobe photoshop. Yang penting, baja yang direka formula dan penggunaan racun serangga secara berjadual disamping rezeki dari Allah membolehkan hasil seperti itu.
Kehadiran prof mahmud bersama peserta ke ladang saya utk sessi mengajar dan bertukar tukar fikiran
Peserta dari pelbagai kawasan di sekitar Perak di bawah Pertubuhan Peladang Kinta.

Hasil sebenar selepas hasil keluar hari ke30

Hasil keluar setiap hari, untuk 1200 pokok hasilnya sekitar 35kg. Itu pun purata.. Kalau dikirakan ada masanya mencecah 60 kg sehari. Buat masa ini, harga jualan dari ladang sekitar RM 9/kg. Jadi anda kiralah sendiri berapa jualan yg boleh di dapati.. Sekiranya tanaman di usahakan dgn rajin dan ilmu tanaman yg betul