PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Isnin, 12 Oktober 2009

Petikan dari blog M. Asgraf:
"Saya bukan obses dengan fertigasi cuma obses dengan teknik pertanian moden.

Fertigasi ni sistem saja.
Nak beri air dan baja pada tanaman.
Baja tu kita larutkan dalam air, pastu kita titis pada pokok.

Nak mempermudahkan cara untuk tanam pokok dari dua aspek, pemberian baja dan air

Yang lain tu kena buat jugak, buat pancang, ikat pokok, meracun, tanam anak pokok, kutip hasil, isi medium tanaman dalam polibeg, susun polibeg, setup sistem dan pantau pokok.Yang ni kena buat secara manual

Komen saya: Setuju dengan beliau, secara umum banyak kerja boleh dilakuka secara automatik tetapi masih perlukan ketelitian dalam kerja, contohnya penitis air perlu diperiksa setiap hari bagi memastikan semua pokok hidup mendapat air & baja. Jika nak buat secara automatik secara keseluruhan, perlu modal besar sebab akan membabitkan penggunaan komputer, programming, pemerhatian jarak jauh(melalui internet)dan keadaan tertutup yang terkawal.

"Biasanya yang kita dengar, fertigasi ni tak perlu buat apa2
Jadi orang invest duit dengan harapan, invest RM10K, dapat RM30K tanpa buat kerja yang banyak
Patutnya pelabur atau pengusaha perlu tau apa risiko yang akan dia tempuhi sebelum involve.
Kena buat banyak perkara secara manual, hanya pemberian baja dan air saja automatik.

Kos baja dan alat fertigasi tinggi?
Bayangkan jika anda buat tanaman dalam skala yang kecil secara konvensional…
Anda perlukan pekerja untuk membaja dan menyiram
Tapi berbaloikah anda untuk upah pekerja sepenuh masa dengan hanya projek yang berkeluasan kecil?
Sekurang-kurangnya anda perlukan kawasan yang luas baru berbaloi upah pekerja sepenuh masa untuk buat tanaman secara konvensional.

Jadi, takan nak buat semuanya sendiri?
Inilah datangnya sistem fertigasi, kos menggaji pekerja untuk membaja dan menyiram boleh diganti dengan sistem yang diguna pakai selama mana anda tidak hentikan projek tersebut.

Dan, pendapat saya yang terakhir untuk post kali ini, jika anda hanya ingin melabur, inginkan jaminan pulangan, melaburlah dalam unit amanah, kerana disana pelaburannya boleh dikatakan agak terjamin walaupon sedikit.

Jika anda sanggup menanggung risiko, ceburilah dalam bidang pertanian, penternakan dan nelayan ataupon dalam bidang perniagaan kerana walaupon pulangannya tidak terjamin, tetapi jika anda tak berputus asa, jatuh bangun semula, insyaAllah pulangan yang begitu besar menanti anda"


Komen saya: Pulangan dalam pertanian tetap ada dan lebih cepat berbanding unit amanah tetapi memerlukan penyeliaan berterusan dan ketelitian dalam usaha dan tak boleh harap orang lain melainkan diri sendiri dan bantuan ahli keluarga. Hasilnya juga cepat berbanding unit amanah, yang penting sekali perlu bersungguh dan sentiasa memperbaharui ilmu bidang tersebut. Buat guna green house akan memudahkan tugas kerana banyak benda boleh dikawal seperti penyakit, serangga dan suhu(tapi kosnya tinggi).