PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Monday, November 23, 2015

Musim baru 23 November 2015 dan penanaman cili kulai dgn rumah lindungan hujan

MRU Enterprise sedia menerima tempahan anak benih cili dari jenis kulai,cili jambak, F1 dan cil padi.
Menjelang musim hujan, penggunaan Rumah Lindungan Hujan amatlah berguna dengan pengurangan kos baja dan racun serangga.


Namun begitu terdapat kekangan jika menggunakan rumah perlindungan hujan.
Oleh kerana serangga sukar masuk, bermakna sukar pendebungaan bunya pokok cili dpt dilakukan kerana hanya didebungakan melalui bergerakan angin,manusia dan gegaran pokok. Banyak kaedah digunakan:
1. Memelihara lebah kelulut, tetapi keadaan  sukar bila meracun dan kesensitifan lebah kelulut.
2. Menggunakan alat gegaran utk menggegarkan pokok
3. Menggunakan khidmat serangga semulajadi alam tetapi akan mengundang bersama makhluk perosak lain tetapi boleh dikawal dgn racun serangga.

Tepuk dada tanya selera....

Pada peringkat tumbesaran.. jaring kalis serangga perlu digunakan...tapi pd peringkat berbunga sahaja dibuka jaringnya....(kaedah saya)

Lampiran Gambar ....saya belanja

 Tunas air jangan lupa dibuang


 Anak benih pokok siap sedia untuk dijual dan ditanam (kalau nak beli sila maklum pada saya)
Manager(paling depan)  turut bersama staf menyediakan penanaman anak benih cili dgn peatmoss

Sekian..sehingga berjumpa lagi..

Saturday, October 17, 2015

--- --- Sent by WhatsApp

Rumah Lindungan Hujan

Saya belanja tengok rumah lindungan hujan MRU Enterprise... dgn ada dinding net nie memudahkan penjagaan dari serangga yg menusnahkan pokok cili....

Monday, August 17, 2015

Anak Benih Baru

Tanaman Fertigasi Masih diteruskan...
Saya mohon maaf kerana telah lama tidak update blog saya. Namun begitu, permintaan untuk projek cili fertigasi semakin rancak dijalankan. Kesibukan menyediakan projek rakan-rakan dan pelanggan menyebabkan blog ini terbengkalai seketika.

Seperti kebiasaan, harga cili tidak mengecewakan... Namun begitu usaha dan minat perlu ada bagi menjayakannya.
Saya berpeluang untuk melakukan satu lagi tanaman cili baru yang mendapat perhatian dari surirumah dan permintaan cili padi...tetapi cili ini memberikan bentuk jambak cili yang cantik.. Cili Jambak 

Macam bunga pun ada...
Untuk tempahan mendapatkan anak benih atau sekiranya mahu menjual sebagai anak pokok hiasan(dah berbuah) yang boleh dijual di pasar pagi atau pasar tani. Boleh menghubungi saya:

Rasid Uda : 018-4734824 / 013-4408248

Sekian buat kali ini...

Tuesday, August 5, 2014

Tanaman En Fauzi

Tanaman cili En Fauzi telah mengeluarkan hasil yg memuaskan
Tanaman bermula penghujung bulan 5 2014. Lokasi :Kg Meranti8, Simpang Pulai, Perak

Sunday, March 16, 2014

Projek Cili Fertigasi dan Khidmat Nasihat untuk sessi 2013/2014

Projek dan permintaan terhadap projek
Untuk tahun 2013/2014 beberapa projek telah dan sedang saya lakukan demi membantu rakan-rakan seperjuangan untuk membangunkan bekalan makanan untuk Malaysia. Permintaan untuk semua jenis cili tidak pernah surut. Sektor makanan merupakan satu cabang perniagaan yang mempunyai permintaan yang melebihi penawaran kerana hampir kesemua makanan samada bekalan protein seperti daging, tanaman, mahu pun keperluan seperti padi masih di import.
Maka secara keseluruhannya memang berbaloi untuk dilakukan. Namun begitu beberapa faktor dan risiko perlu difikirkan dan timbang tara dilakukan sebelum memulakan tanaman.

Seperti yang saya nyatakan, amat kurang masalah harga cili mengalami penurunan. Namun kos tetap dan semasa perlu dititikberatkan agar risiko rugi dapat dikurangkan.
Perkara asas untuk tanaman fertigasi ialah seperti mendapatkan bekalan bahan, memulakan infrasruktur dan sistem tanaman yang akan dijalankan perlu difikirkan.

Walaupun begitu, tanaman cili memerlukan ketekunan dan pemerhatian yang teliti sepanjang masa seperti menjaga seorang bayi  yang perlu dibelai sentiasa.

Buat masa ini, kos bahan mentah dan bahan api telah meningkat menyebabkan kos keseluruhan tanaman secara fertigasi turut merasa kesannya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan projek ini, pastikan anda mempunyai minat mendalam dan sanggup bekerja keras memastikan tanaman dijaga rapi disamping mempunyai modal permulaan yang mencukupi.

Saya menyediakan pakej yang mudah dengan kos tanaman sebanyak RM18 sepokok untuk satu sistem fertigasi(dan ini tidak termasuk upah membersih dan meratakan tapak projek dan infrastruktur yang lain). Disamping itu, pihak MRU Enterprise akan membimbing peserta projek sehingga pokok mula menghasilkan buah. Khidmat nasihat akan diberikan secara percuma dan tidak ada rahsia disimpan dalam cara menjalankan projek tanaman fertigasi.

Buat masa ini, beberapa projek pelanggan telah dan sedang dilakukan

Projek : En Ahmad di Kuala Dipang



Projek ke-2: Di Kuala Dipang
Tanaman yang berbunga untuk projek pelanggan




Projek pelanggan ke-3 




Projek di Kampng Seri Rahmat: En Raja dan Megat Izuddin



En Wan telah menjalankan projek tanaman di kampung halamannya setelah mendapat pengalaman bekerja di MRU Enterprise. Seorang yang amat berdedikasi, semoga projek fertigasinya berjaya.


Semoga anda semua berjaya.


Monday, March 18, 2013

Status Tanaman

Umur pokok dewasa dah masuk 3 bulan lebih... Kutipan utk pokok 1200 adalah 70 kg(purata) sehari manakala untuk kutipan tertinggi adalah 130kg sehari. Kutipan setiap hari tanpa selangan hari dan sekiranya ada selang hari...kutipan hari berikutnya akan jadi sekali ganda. Harga cili sekilo kini adalah sekitar RM6/kg.
Tugas kerja yg tak habis Macam biasa... Tugas berjadual meracun perlu dititik beratkan bagi memastikan tumbesaran pokok dlm keadaan baik... Memetik daun tunas air yang perlu dibuang supaya anak tunas air tidak memakan baja... Yang rugi kita jugak... Lebih baik buang jer
Tunas air
Tunas air yg telah dikitip