PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Khamis, 10 Februari 2011

Penggunaan Baja dari Highland vs kawasan rendah


Antara baja yang digunakan oleh saya:

Assalamualaikum semua... berjumpa lagi kita dengan kisah saya yang terkini berkenaan baja. Pada peringkat permulaan dulu saya menggunakan baja yang dibeli dari C. Highland yang dah siap baja A dan B. Balik dari C. Highland, beli berguni-guni untuk digunakan, pada permulaan musim dulu, semuanya berjalan lancar. Tanpa masalah kutu trip dan lalat putih. tanpa masalah pada aliran baja(tersumbat) dan tiada masalah pada pokok. Selepas 2 musim, brand baja dah bertukar. agak payah nak dapat brand baja yang mula dulu saya beli dari Sg Siput (Rm350/25 kg) memberikan hasil yang baik pada pokok.
Pada musim berikutnya cuba ubah guna baja dari C. Highland Rm 450/50 kg Jenama Zheng He (Cameron Highland). Pada peringkat awal pokok tumbuh dengan baik tpi lama kelamaan daun mula menguning dan pokok tidak menghasilkan daun yang cantik dan mudah terkena serangan kulat dan virus. Selepas itu, saya cuba sulam dengan pokok simpanan tetapi masih terjadi daun kekuningan. Saya cuba pula menambah unsur surih pada baja tersebut. Bahan surih nie, kalau tak ckup pun boleh menyebabkan daun menjadi kuning. Tetapi masih belum berjaya...
Hampir saya putus asa dengan segala usaha yang dilakukan. Selepas berjumpa dengan pakar-pakar dan mengikuti kursus tambahan dan berbincang dengan mereka yang arif dalam kursus tersebut, maka saya dimaklumkan bahawa baja yang dibeli mempunyai jumlahnisbah baja yang tidak dinyatakan secara detail dan kita tidak tahu kuantiti sebenar bahan baja yang ada dan kemungkinan tidak sesuai untuk cili yang ditanam ditanah rendah. Saya telah belajar cara-cara membuat baja A dan B.
Buat permulaannya saya cuba pada cili F1 yang saya tanam tetapi tidak banyak, sebagai cili ujikaji dalam 500 pokok. Selepas sebulan lebih, pokok menunjukkan hasil yang baik: Pokok banyak berbuah, tiada masalah kekuningan, daun yang baik berkembang dan akar yang baik.
Secara kesimpulannya, baja dari C. highland sesuai untuk kawasan sejuk dan adalah lebih baik kita membuat sendiri baja itu supaya kita dapat menilai unsur -unsur yang betul berada dalam baja tersebut. Pada masa akan datang, saya akan pack baja ini untuk saudara-saudari yang menanam ditanah rendah. Sesiapa yang ingin mencuba, boleh hubungi saya. Saya kira, pernah terjadi dalam satu pokok boleh dipetik 21 buah cili dalam satu hari. Harga baja pun tak mahal sangat berbanding beli yang dah siap. Sangat berbaloi....

1 ulasan:

  1. Berapa HARGA seguni baja ni tuan? Minima berapa guni boleh beli? Bolehkah hantar ke rumah saya di Parit ,Perak kalau saya jadi beli? Tq

    BalasPadam