PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Sabtu, 20 November 2010

Pertanian adalah Perniagaan


Maaf kerana lama tak berada di dalam blog ini. Banyak perkara yang dilalui sepanjang tahun. Setakat ini pelbagai cabaran dilalui. Beberapa ujian dan cabaran telah dilalui dengan getirnya. Sebelum memulakan tanaman ini, perlu memiliki kekuatan mental dan kerajinan tahap maksimum. Antara cabarannya:
1. Sekiranya tidak menggunakan Rumah Pelindung Hujan - Cuaca terutamanya hujan banyak mencabar mental. Hujan boleh menyebabkan larutan baja berkurangan dalam polibeg, racun yang disembur pada waktu pagi akan tidak berkesan kerana dicuci oleh air hujan. Semua ini boleh merencat pertumbuhan pokok cili.
2. Kebersihan mesti dititikberatkan kerana kulat dan virus boleh menyerang dengan teruk. Walaupun boleh dirawat tetapi lebih baik mencegah untuk kurangkan kos rawatan.
3. Harga baja dan racun adalah mahal dan kos akan meningkat apabila penyakit berlaku dan pada masa yang sama akan mengurangkan hasil sehingga pokok boleh mati. Baja lebih baik buat sendiri. Formula boleh didapati pada Jabatan Pertanian dan sebagainya(Saya pun ada), tetapi sukatan tidak sama.

Nasihat saya, sebelum mula projek, dapatkan ilmu dari 2 atau 3 tempat kursus yang berbeza dan plan kawasan fertigasi perlu di buat dengan detail dari segi turun naik matahari, saliran, sumber air, elektrik, Stor Penyimpanan Barang, Kawasan rehat(masa rehat tengahari),bentuk paiping yang nak dibuat dengan memikirkan kawasan tanaman perlu rata(untuk memudahkan tugas harian tuan nanti) dan lain-lain perkara.

1 ulasan:

  1. nasihat anda benar-benar membina dan ikhlas.... Semoga projek yang dijalankan akan terus mendatangkan hasil.

    BalasPadam