Menjelang musim hujan, penggunaan Rumah Lindungan Hujan amatlah berguna dengan pengurangan kos baja dan racun serangga.
Namun begitu terdapat kekangan jika menggunakan rumah perlindungan hujan.
Oleh kerana serangga sukar masuk, bermakna sukar pendebungaan bunya pokok cili dpt dilakukan kerana hanya didebungakan melalui bergerakan angin,manusia dan gegaran pokok. Banyak kaedah digunakan:
1. Memelihara lebah kelulut, tetapi keadaan sukar bila meracun dan kesensitifan lebah kelulut.
2. Menggunakan alat gegaran utk menggegarkan pokok
3. Menggunakan khidmat serangga semulajadi alam tetapi akan mengundang bersama makhluk perosak lain tetapi boleh dikawal dgn racun serangga.
Tepuk dada tanya selera....
Pada peringkat tumbesaran.. jaring kalis serangga perlu digunakan...tapi pd peringkat berbunga sahaja dibuka jaringnya....(kaedah saya)
Lampiran Gambar ....saya belanja
Tunas air jangan lupa dibuang
Anak benih pokok siap sedia untuk dijual dan ditanam (kalau nak beli sila maklum pada saya)
Manager(paling depan) turut bersama staf menyediakan penanaman anak benih cili dgn peatmoss
Sekian..sehingga berjumpa lagi..