Assalamualaikum semua, maaf kerana lama tidak update blog. Namun begitu, setiap projek yang dijalankan hendaklah dengan sepenuh hati dan tidak hangat-hangat tahi ayam. Memandangkan modal yang besar dan usaha yang banyak digunakan sepenuhnya untuk menjayakannya , maka janganlah dibazirkan. Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah, lambat laun dapat hasilnya.
Banyak juga projek kawan-kawan yang tidak menjadi kerana kurangnya komitmen terhadap projek. Oleh itu, kepada yang bercadang nak buat tanaman cili ni kena fikir masak-masak sebab kalau tak dijaga dengan baik dan kurang kerajinan menjaganya. Lebih baik buat projek lain sebab cili ini mudah kena serangan penyakit jika tidak diusahakan dengan sistematik dan bersungguh-sungguh.
Projek tanaman semula cili dilakukan. Prof Mahmud dari Mardi juga ada melawat ke ladang saya untuk melihat perkembangan cili. Pokok F1 yang ditanam menampakkan hasil yang memuaskan. Pokok cili berbuah lebat dengan keadaan terdapat pokok yang patah dahannya kerana tidak dapat menampung berat buah cili. Ikatan pada dahan perlu dilakukan dengan lebih baik dan banyak bagi memastikan tidak berlaku dahan patah terutama ketika hujan lebat atau ribut.
Untuk seterusnya, gambar pokok cili dan buah yang besar akan saya upload dalam blog ini dalam masa terdekat.