Khamis, 22 Mac 2012
Pentingnya rumah lindungan hujan
Semenjak dua menjak nie hujan tak henti henti... Makanya berlaku perubahan pada pokok cili.
Oleh kerana hujan yg kerap:
1. Banyak baja akan hanyut bersama air hujan..maknanya pokok kurang dpt baja.
2. Jadual meracun kulat dan serangga perosak akan tertangguh... maknanya kulat mudah tumbuh fengan keadaan lembap
3. Air hujan juga akan meninggalkan kesan dengan kehadiran jangkitan kulat dan virus.
Maka pada ketika ini...barulah kita akan merasa kepentingan adanya Rumah Pelindung Hujan...
Jumaat, 16 Mac 2012
Membina projek tanaman cili En Zainal
Kawasan projek En Zainal...
Tanah dah ratakan... Stor dah ada... Berpagar... kokopeat sedang dimasukkan ke polibeg... Moga projek ini brjaya...
Membina projek cili Pelanggan
Projek ini kepunyaan Encik Iskandar dan saya membina semula prasarana dan sistem fertigasi yg telah lusuh utk diganti. Disamping itu, saya juga akan memantau perjalanan projek sehingga berjaya mengeluarkan hasil. Ilmu tak rugi kalau dikongsi.
Banyak perkara yg perlu diperbaiki... Yg bagusnya krangka rumah pelindung hujan masih baik. En Iskandar(tuan punya projek) akan menjalankan projek utk 2000 pokok... Yg penting skali..dptkan pengalaman dulu... Ilmu utk disebarkan..
Sabtu, 10 Mac 2012
Jumlah cili dihasilkan sehari untuk fertigasi 100 pokok
Inilah hasil yang dapat untuk 100 pokok... 7 kg sehari..harga pasaran RM 8 sekilo.... Tapi sekarang musim hujan... Bahaya untuk buah cili...itulah advantage kalau ada rumah lindungan hujan... Pasaran jangan risau.. Insya Allah ada...