Rabu, 18 Julai 2012
PROJEK TANAMAN MUSIM BARU
Khamis, 22 Mac 2012
Pentingnya rumah lindungan hujan
Semenjak dua menjak nie hujan tak henti henti... Makanya berlaku perubahan pada pokok cili.
Oleh kerana hujan yg kerap:
1. Banyak baja akan hanyut bersama air hujan..maknanya pokok kurang dpt baja.
2. Jadual meracun kulat dan serangga perosak akan tertangguh... maknanya kulat mudah tumbuh fengan keadaan lembap
3. Air hujan juga akan meninggalkan kesan dengan kehadiran jangkitan kulat dan virus.
Maka pada ketika ini...barulah kita akan merasa kepentingan adanya Rumah Pelindung Hujan...
Jumaat, 16 Mac 2012
Membina projek tanaman cili En Zainal
Kawasan projek En Zainal...
Tanah dah ratakan... Stor dah ada... Berpagar... kokopeat sedang dimasukkan ke polibeg... Moga projek ini brjaya...
Membina projek cili Pelanggan
Projek ini kepunyaan Encik Iskandar dan saya membina semula prasarana dan sistem fertigasi yg telah lusuh utk diganti. Disamping itu, saya juga akan memantau perjalanan projek sehingga berjaya mengeluarkan hasil. Ilmu tak rugi kalau dikongsi.
Banyak perkara yg perlu diperbaiki... Yg bagusnya krangka rumah pelindung hujan masih baik. En Iskandar(tuan punya projek) akan menjalankan projek utk 2000 pokok... Yg penting skali..dptkan pengalaman dulu... Ilmu utk disebarkan..
Sabtu, 10 Mac 2012
Jumlah cili dihasilkan sehari untuk fertigasi 100 pokok
Inilah hasil yang dapat untuk 100 pokok... 7 kg sehari..harga pasaran RM 8 sekilo.... Tapi sekarang musim hujan... Bahaya untuk buah cili...itulah advantage kalau ada rumah lindungan hujan... Pasaran jangan risau.. Insya Allah ada...
Ahad, 4 Mac 2012
Rabu, 29 Februari 2012
Tanaman di kebun
Musim baru dengan pokok yang baru... Telah selesai buang tunas air...ada 1000 pokok
Jenis cabai 639 Kulai... Pasaran memang dah ada...kalau nak harap pokok sendiri..tak cukup rasanyer..Kalau adad sesiapa yang dah tanam cili, tapi tak der pasaran .. bolehlah let go pada saya..
Isnin, 27 Februari 2012
Tanaman semula cili di tepi jalan raya
Assalamualaikum, semua...Lama tak bertemu. dikali ini saya nak bercerita mengenai hal yang berlaku selama bertugas sebagai petani moden.
Pada bulan Januari (awal bulan ) saya telah menanam cili F1 sebanyak 100 pokok. Kali ini saya membuat eksperimen dengan menggunakan kokopeat baru untuk melihat perkembangan pokok tersebut.
Ada sebaris tu saya tak buang anak tunas air... Ebab nak tengok hasil yang dikeluarkan, nak tengok..samada hasil sama atau tidak.
Sekarang nie dah tengoh berbuah.
Kesimpulan :
1. Pokok tumbuh dengan baik(tiada banyak masalah pokok bantut atau daun berkerekot.
2. Buah yang dihasilkan pun ok.. Besar dan panjang.
3. Yang tak buang tunas menghasilkan buah yang kecil dan tak banyak. Manakala buah yang dihasilkan oleh pokok yang dibuang tunas, berbuah dengan sangat banyak dan buah yang cantik.
Yb Hamidah (Adun Gopeng) juga ada melihat/meninjau kawasan... Harap dapat ler bantuan subsidi dari Kerajaan. Dah 4 tahun menjadi petani, namun masih belum mendapat geran atau subsidi dari segi peralatan dan sebagainya.