PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Selasa, 15 Februari 2011

Penyakit dan kokopeat


Kutu trip sentiasa menjadi musuh cili selain lalat putih


Masalah daun menjadi kuning (menggunakan kokopeat lama)

Selain dari menanam pokok cili, saya juga ada menanam pokok bendi. Bagus juga tanam pokok bendi nie, dia berbuah banyak dan harga pun boleh tahan juga. Bendi ketika ini RM6-7/kilo. Sebagai petani, kita juga perlu membuat R&D sendiri. Mencuba kaedah lain, jenis baja yang lain dan racun yang lain untuk melihat keberkesanan terhadap pokok.
Saya ada mencuba menggunakan kokopeat recycle, dan rawatan yang dilakukan pelbagai, untuk melihat kesan terhadap pokok. Kekadang eksperimen yang gagal boleh meyebabkan kita tension. Rugi!Rugi!...
Untuk beginner, saya sarankan guna kokopeat yang baru setiap kali semusim tanaman untuk mengelakkan masalah rosak akar dan penyakit yang disebabkan oleh virus. Kebiasaannya selepas dirawat dengan Pervicure M, kokopeat yang lama masih boleh digunakan tetapi kalau boleh jangan ambil risiko.


Pokok cili menggunakan kokopeat baru menghasilkan anak pokok yang baik

Sabtu, 12 Februari 2011

ANAK BENIH.. OH ANAK BENIH...


Pada mulanya saya cuma membina rumah pembenihan anak pokok untuk keperluan sendiri. Penggunaan jenis benih dipelbagaikan: Kulai, 223, 568 dan 639. Setiap benih mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sebagai contoh: Cili F1 223 mempunyai ciri-ciri yang baik seperti buah yang lebat, tahan penyakit dan buah yang cantik(disukai oleh restoran)
Kekurangan : Dahan mudah patah dan pokok rendah, menyukarkan kerja mengambil buah




Untuk memulakan penanaman yang baik beberapa perkara perlu diambil perhatian, iaitu semenjak memilih benih lagi. Ini amat kritikal kerana benih yang baik akan menghasilkan mutu anak pokok yang baik. Sekiranya dari awal lagi benih tersebut telah diserang dengan kulat, maka pokok yang terhasil akan diserang oleh kulat. Ini akan menyebabkan kos menanam meningkat. Bayangkan selama beberapa minggu baja telah diberikan, tetapi akhirnya pokok tidak dapat survive. Rugi!rugi!




Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan anak benih cili sila berhubung dengan saya.
Harga benih pokok= RM 1.00/pokok
*Jumlah minima pesanan ialah 500 pokok

Khamis, 10 Februari 2011

Penggunaan Baja dari Highland vs kawasan rendah


Antara baja yang digunakan oleh saya:

Assalamualaikum semua... berjumpa lagi kita dengan kisah saya yang terkini berkenaan baja. Pada peringkat permulaan dulu saya menggunakan baja yang dibeli dari C. Highland yang dah siap baja A dan B. Balik dari C. Highland, beli berguni-guni untuk digunakan, pada permulaan musim dulu, semuanya berjalan lancar. Tanpa masalah kutu trip dan lalat putih. tanpa masalah pada aliran baja(tersumbat) dan tiada masalah pada pokok. Selepas 2 musim, brand baja dah bertukar. agak payah nak dapat brand baja yang mula dulu saya beli dari Sg Siput (Rm350/25 kg) memberikan hasil yang baik pada pokok.
Pada musim berikutnya cuba ubah guna baja dari C. Highland Rm 450/50 kg Jenama Zheng He (Cameron Highland). Pada peringkat awal pokok tumbuh dengan baik tpi lama kelamaan daun mula menguning dan pokok tidak menghasilkan daun yang cantik dan mudah terkena serangan kulat dan virus. Selepas itu, saya cuba sulam dengan pokok simpanan tetapi masih terjadi daun kekuningan. Saya cuba pula menambah unsur surih pada baja tersebut. Bahan surih nie, kalau tak ckup pun boleh menyebabkan daun menjadi kuning. Tetapi masih belum berjaya...
Hampir saya putus asa dengan segala usaha yang dilakukan. Selepas berjumpa dengan pakar-pakar dan mengikuti kursus tambahan dan berbincang dengan mereka yang arif dalam kursus tersebut, maka saya dimaklumkan bahawa baja yang dibeli mempunyai jumlahnisbah baja yang tidak dinyatakan secara detail dan kita tidak tahu kuantiti sebenar bahan baja yang ada dan kemungkinan tidak sesuai untuk cili yang ditanam ditanah rendah. Saya telah belajar cara-cara membuat baja A dan B.
Buat permulaannya saya cuba pada cili F1 yang saya tanam tetapi tidak banyak, sebagai cili ujikaji dalam 500 pokok. Selepas sebulan lebih, pokok menunjukkan hasil yang baik: Pokok banyak berbuah, tiada masalah kekuningan, daun yang baik berkembang dan akar yang baik.
Secara kesimpulannya, baja dari C. highland sesuai untuk kawasan sejuk dan adalah lebih baik kita membuat sendiri baja itu supaya kita dapat menilai unsur -unsur yang betul berada dalam baja tersebut. Pada masa akan datang, saya akan pack baja ini untuk saudara-saudari yang menanam ditanah rendah. Sesiapa yang ingin mencuba, boleh hubungi saya. Saya kira, pernah terjadi dalam satu pokok boleh dipetik 21 buah cili dalam satu hari. Harga baja pun tak mahal sangat berbanding beli yang dah siap. Sangat berbaloi....