PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Rabu, 9 November 2011

Program Bersama Jabatan Pertanian

Bertemu lagi, ... belum pun habis Hari Raya Haji, masuk pulak Kursus Bersama Jabatan Pertanian.
Hari Pertama: Melawat Jabatan Pertanian Relau, Balik Pulau. Melihat kajian fertigasi disana dan ujikaji penggunaan pasu plastik sebagai pengganti polibeg.


Peserta kursus melihat tanaman fertigasi di Jabatan Pertanian Relau

Perbincangan dan bertukar fikiran mengenai kaedah tanaman fertigasi

Peserta bergambar di kenderaan Jabatan Pertanian

Kemudian melawat kawasan industri jeruk di Relau. Macam-macam jeruk ada... jeruk betik, jeruk mempelam, cermai dan segala jenis jeruk... tapi jeruk cili jer tak der.... ini ler masa untuk panjangkan idea kepada jeruk cili... Banyak restoran nak nie.. lagi pun bleh tahan lama...

Peserta di kilang jeruk Relau

Buah kelubi sedang di keringkan untuk dibuat jeruk



En Syam sedang melihat cara buah pala diproses

En Joe (rakan Kelab Ladang Cili) sedang kepenatan

Lepas tu, petang kena pergi rehat...maklum ler kalau nak jalan... sesak(Pulau Pinang ler katakan). Kitaorang berehat di I-Home Hotel...




bersambung...

Isnin, 7 November 2011

Hari Raya Penuh Rezeki...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua...Bendi di ladang sedang dalam proses diganti dengan anak cili. Sayang tak tanam cili masa harga cili tengah naik ni(pasal Thailand banjir). Kalau tak, banyak jugak bleh dapat.
Hari nie 7/11/2011 (Hari Raya Haji Kedua)... Selamat selesaikan korban kerbau... Terima kasih kepada semua penduduk kampung. Memang meriah dengan tukang memotong, tukang melapah, tukang menyembelih dan tak kurang gak yang tukang melihat(termasuk saya ler tu..he he he..).
Dah seminggu lepas cili depan rumah tu berbuah warna merah. Mula tanam dalam polibeg tarikh 26/8/2011. Maknanya baru 2 bulan dah mula berbuah. Lebat dan besar... syoknyer...



BARISAN BUAH MULAI BERWARNA MERAH

Ada juga yang menempah daripada saya untuk dibuat taman sayuran dihalaman rumah mereka. Harga bleh runding... Apa-apa pun sudi ler call saya En Rasid 012 4415878.

Melepak depan rumah selepas penat.. penat makan kenduri, sambil melihat kehijauan cili yang tak lama lagi akan jadi merah





Pepatah baru: Poko cili yang hijau, jangan sangka tiada buah


Inilah hasil
yang berbaloi walaupun ditanam tepi jalan jer


Cili Kulai yang dah masak, ok jugak ler besarnya...

Teringat mengenai ketiadaan tanah, melihat pada gambar di Jawa, walaupun tak da tanah tetapi berusaha untuk mencari jalan menggunakan keluasan tanah yang ada untuk pertanian semaksimum mungkin. Akhir kata, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

P/s: Kalau ada yang mempunyai tanah terbiar, tanah pusaka dan sebagainya sekitar Lahat dan Simpang Pulai(sekurang-kurangnya 2 ekar), bolehlah pajak pada saya dengan keuntungan 70:30. Boleh call saya 05 3232363/012 441 5878.

Selasa, 12 Julai 2011

Memang best tanam Bendi


Memang best tanam bendi,... tak susah nak jaga. Kalau tengok pada batang pokok ,... dah macam nak sama dengan pokok betik. Punya ler besar, tapi nak kena tahan miang dia... Patut ler lembu tak nak makan(Tempat lain tak tau ler). Yang best tu kurang guna racun dan dapat tengok sahabat baik petani(musuh biologi aphid) iaitu ladybird. Pokok pun dah sama tinggi ngan saya.


Baja yang saya hasilkan dapat membuahkan buah bendi muda yang besar dan banyak. Harap-harap dapat harga yang terbaik menjelang bulan puasa tak lama lagi.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan baja cecair dari saya boleh hubungi saya. Kepada penanam sayur, cili dan bendi yang tiada pasaran. boleh hubungi saya kerana saya memerlukan banyak lagi hasil untuk memenuhi pasaran yang ada.

Rabu, 8 Jun 2011

Jom tanam cili/bendi di halaman rumah



Bayangkan 1 pokok boleh menghasilkan anggaran 3kg semusim. Sekiranya tanam untuk makan sendiri dan kalau diusahakan secara berkelompok antara ibu-ibu di kampung sekurang-kurangnya boleh dijual secara beramai-ramai, dapat juga mengisi duit dapur.
Pakej tanaman halaman rumah untuk ibu yang duduk di rumah disamping tanam pokok bunga.

Saya menyediakan pakej untuk Puan-Puan:

Pakej tanaman halaman rumah:
RM 16.00
1 pokok bendi atau cili (berumur sebulan)
1 polibeg(termasuk media tanaman)
1 set PATI baja fertigasi MRU(set A (500 ml) dan B (500ml) yang akan dicampurkan dengan air)
Arahan menggunakan disertakan


Pakej baja:
RM 20.00
1 set pati baja cecair MRU (Set A(1.5 liter) dan Set B(1.5 liter))

*Harga pakej tidak termasuk kos penghantaran

*Pati baja MRU digunakan sangat sedikit, contoh penggunaan: 1-2 penutup botol baja A dan 1-2 penutup botol dicampurkan dengan satu jag air.

Untuk membuat tempahan: Hubungi saya, En Rasid 0175765299

Selasa, 15 Februari 2011

Penyakit dan kokopeat


Kutu trip sentiasa menjadi musuh cili selain lalat putih


Masalah daun menjadi kuning (menggunakan kokopeat lama)

Selain dari menanam pokok cili, saya juga ada menanam pokok bendi. Bagus juga tanam pokok bendi nie, dia berbuah banyak dan harga pun boleh tahan juga. Bendi ketika ini RM6-7/kilo. Sebagai petani, kita juga perlu membuat R&D sendiri. Mencuba kaedah lain, jenis baja yang lain dan racun yang lain untuk melihat keberkesanan terhadap pokok.
Saya ada mencuba menggunakan kokopeat recycle, dan rawatan yang dilakukan pelbagai, untuk melihat kesan terhadap pokok. Kekadang eksperimen yang gagal boleh meyebabkan kita tension. Rugi!Rugi!...
Untuk beginner, saya sarankan guna kokopeat yang baru setiap kali semusim tanaman untuk mengelakkan masalah rosak akar dan penyakit yang disebabkan oleh virus. Kebiasaannya selepas dirawat dengan Pervicure M, kokopeat yang lama masih boleh digunakan tetapi kalau boleh jangan ambil risiko.


Pokok cili menggunakan kokopeat baru menghasilkan anak pokok yang baik

Sabtu, 12 Februari 2011

ANAK BENIH.. OH ANAK BENIH...


Pada mulanya saya cuma membina rumah pembenihan anak pokok untuk keperluan sendiri. Penggunaan jenis benih dipelbagaikan: Kulai, 223, 568 dan 639. Setiap benih mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sebagai contoh: Cili F1 223 mempunyai ciri-ciri yang baik seperti buah yang lebat, tahan penyakit dan buah yang cantik(disukai oleh restoran)
Kekurangan : Dahan mudah patah dan pokok rendah, menyukarkan kerja mengambil buah




Untuk memulakan penanaman yang baik beberapa perkara perlu diambil perhatian, iaitu semenjak memilih benih lagi. Ini amat kritikal kerana benih yang baik akan menghasilkan mutu anak pokok yang baik. Sekiranya dari awal lagi benih tersebut telah diserang dengan kulat, maka pokok yang terhasil akan diserang oleh kulat. Ini akan menyebabkan kos menanam meningkat. Bayangkan selama beberapa minggu baja telah diberikan, tetapi akhirnya pokok tidak dapat survive. Rugi!rugi!




Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan anak benih cili sila berhubung dengan saya.
Harga benih pokok= RM 1.00/pokok
*Jumlah minima pesanan ialah 500 pokok

Khamis, 10 Februari 2011

Penggunaan Baja dari Highland vs kawasan rendah


Antara baja yang digunakan oleh saya:

Assalamualaikum semua... berjumpa lagi kita dengan kisah saya yang terkini berkenaan baja. Pada peringkat permulaan dulu saya menggunakan baja yang dibeli dari C. Highland yang dah siap baja A dan B. Balik dari C. Highland, beli berguni-guni untuk digunakan, pada permulaan musim dulu, semuanya berjalan lancar. Tanpa masalah kutu trip dan lalat putih. tanpa masalah pada aliran baja(tersumbat) dan tiada masalah pada pokok. Selepas 2 musim, brand baja dah bertukar. agak payah nak dapat brand baja yang mula dulu saya beli dari Sg Siput (Rm350/25 kg) memberikan hasil yang baik pada pokok.
Pada musim berikutnya cuba ubah guna baja dari C. Highland Rm 450/50 kg Jenama Zheng He (Cameron Highland). Pada peringkat awal pokok tumbuh dengan baik tpi lama kelamaan daun mula menguning dan pokok tidak menghasilkan daun yang cantik dan mudah terkena serangan kulat dan virus. Selepas itu, saya cuba sulam dengan pokok simpanan tetapi masih terjadi daun kekuningan. Saya cuba pula menambah unsur surih pada baja tersebut. Bahan surih nie, kalau tak ckup pun boleh menyebabkan daun menjadi kuning. Tetapi masih belum berjaya...
Hampir saya putus asa dengan segala usaha yang dilakukan. Selepas berjumpa dengan pakar-pakar dan mengikuti kursus tambahan dan berbincang dengan mereka yang arif dalam kursus tersebut, maka saya dimaklumkan bahawa baja yang dibeli mempunyai jumlahnisbah baja yang tidak dinyatakan secara detail dan kita tidak tahu kuantiti sebenar bahan baja yang ada dan kemungkinan tidak sesuai untuk cili yang ditanam ditanah rendah. Saya telah belajar cara-cara membuat baja A dan B.
Buat permulaannya saya cuba pada cili F1 yang saya tanam tetapi tidak banyak, sebagai cili ujikaji dalam 500 pokok. Selepas sebulan lebih, pokok menunjukkan hasil yang baik: Pokok banyak berbuah, tiada masalah kekuningan, daun yang baik berkembang dan akar yang baik.
Secara kesimpulannya, baja dari C. highland sesuai untuk kawasan sejuk dan adalah lebih baik kita membuat sendiri baja itu supaya kita dapat menilai unsur -unsur yang betul berada dalam baja tersebut. Pada masa akan datang, saya akan pack baja ini untuk saudara-saudari yang menanam ditanah rendah. Sesiapa yang ingin mencuba, boleh hubungi saya. Saya kira, pernah terjadi dalam satu pokok boleh dipetik 21 buah cili dalam satu hari. Harga baja pun tak mahal sangat berbanding beli yang dah siap. Sangat berbaloi....