PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Isnin, 12 Oktober 2009

Petikan dari blog M. Asgraf:
"Saya bukan obses dengan fertigasi cuma obses dengan teknik pertanian moden.

Fertigasi ni sistem saja.
Nak beri air dan baja pada tanaman.
Baja tu kita larutkan dalam air, pastu kita titis pada pokok.

Nak mempermudahkan cara untuk tanam pokok dari dua aspek, pemberian baja dan air

Yang lain tu kena buat jugak, buat pancang, ikat pokok, meracun, tanam anak pokok, kutip hasil, isi medium tanaman dalam polibeg, susun polibeg, setup sistem dan pantau pokok.Yang ni kena buat secara manual

Komen saya: Setuju dengan beliau, secara umum banyak kerja boleh dilakuka secara automatik tetapi masih perlukan ketelitian dalam kerja, contohnya penitis air perlu diperiksa setiap hari bagi memastikan semua pokok hidup mendapat air & baja. Jika nak buat secara automatik secara keseluruhan, perlu modal besar sebab akan membabitkan penggunaan komputer, programming, pemerhatian jarak jauh(melalui internet)dan keadaan tertutup yang terkawal.

"Biasanya yang kita dengar, fertigasi ni tak perlu buat apa2
Jadi orang invest duit dengan harapan, invest RM10K, dapat RM30K tanpa buat kerja yang banyak
Patutnya pelabur atau pengusaha perlu tau apa risiko yang akan dia tempuhi sebelum involve.
Kena buat banyak perkara secara manual, hanya pemberian baja dan air saja automatik.

Kos baja dan alat fertigasi tinggi?
Bayangkan jika anda buat tanaman dalam skala yang kecil secara konvensional…
Anda perlukan pekerja untuk membaja dan menyiram
Tapi berbaloikah anda untuk upah pekerja sepenuh masa dengan hanya projek yang berkeluasan kecil?
Sekurang-kurangnya anda perlukan kawasan yang luas baru berbaloi upah pekerja sepenuh masa untuk buat tanaman secara konvensional.

Jadi, takan nak buat semuanya sendiri?
Inilah datangnya sistem fertigasi, kos menggaji pekerja untuk membaja dan menyiram boleh diganti dengan sistem yang diguna pakai selama mana anda tidak hentikan projek tersebut.

Dan, pendapat saya yang terakhir untuk post kali ini, jika anda hanya ingin melabur, inginkan jaminan pulangan, melaburlah dalam unit amanah, kerana disana pelaburannya boleh dikatakan agak terjamin walaupon sedikit.

Jika anda sanggup menanggung risiko, ceburilah dalam bidang pertanian, penternakan dan nelayan ataupon dalam bidang perniagaan kerana walaupon pulangannya tidak terjamin, tetapi jika anda tak berputus asa, jatuh bangun semula, insyaAllah pulangan yang begitu besar menanti anda"


Komen saya: Pulangan dalam pertanian tetap ada dan lebih cepat berbanding unit amanah tetapi memerlukan penyeliaan berterusan dan ketelitian dalam usaha dan tak boleh harap orang lain melainkan diri sendiri dan bantuan ahli keluarga. Hasilnya juga cepat berbanding unit amanah, yang penting sekali perlu bersungguh dan sentiasa memperbaharui ilmu bidang tersebut. Buat guna green house akan memudahkan tugas kerana banyak benda boleh dikawal seperti penyakit, serangga dan suhu(tapi kosnya tinggi).

Sabtu, 26 September 2009

Seribu langkah bermula dengan Langkah pertama


Banyak pokok perlu ditebang...

Tapak projek di Kg Changkat Larang(Asalnya dusun buah )


Kawasan tapak projek yang banyak dengan pokok buah-buahan
Jentolak dan proses penebangan pokok buah-buahan dilakukan utk memastikan kawasan rata
Projek Cili telah direalisasikan dengan modal permulaan dalam anggaran 10 ribu ringgit.
Banyak perkara harus di nilai sebelum memulakan projek:
1. Kawasan tanah perlu rata(diratakan dengan jentolak)
2. Infrastruktur jalan, longkang dan pagar
3. Punca elektrik dan air(elektrik amat perlu, air boeh dapatkan secara dalam tanah-perigi atau dari Jabatan Bekalan air.
4. Stor dan tapak semaian perlu disediakan
Jangan tergesa-gesa menjalankan projek kerana banyak tempat yang saya lawati terbengkalai di pertengahan jalan kerana masalah tiada penyusunan rangka kerja dan kekemasan ladang.
Kursus turut dihadiri untuk memantapkan lagi ilmu sebelum memulakan projek, mana boleh main terjah jer..
Pada mulanya aku pergi ke Kursus Anjuran Agro Bank di Sg Buloh dan melihat kawasan projek tanaman di Nia Agro (2 hari)
Selepas 2 bulan, pada 21 Feb 2009 aku, adik aku (Yeop) dan ayah aku (Tokey Projek) mengikuti kursus secara lebih banyak praktikal dijalankan di Kajang anjuran My Fertigasi (1 hari).
Lebih banyak kursus yang dihadiri akan memberi lebih banyak gambaran dan kepelbagaian teori dan ilmu dalam tanaman fertigasi cili.
Tapi kalau ilmu jer tak jadi kalau tak cuba buat sendiri. Semangat tinggi dan kawasan yang sesuai amat penting.
Ayah telah sewa jentolak dan jengkaut untuk meratakan tanah. Untuk dapat harga murah, ayah telah berjumpa dengan driver jentolak estet. Kiranya hara berpatutan. Habis pokok rambutan, kelapa, durian dan manggis terpaksa ayah korbankan demi projek ini. Segalanya perlu dikorbankan..



Jumaat, 19 Jun 2009

Projek Cili

Tanaman cili adalah satu projek agro yang berdaya saing dan mempunyai pasaran yang baik namun begitu harga pasaran amat tidak stabil dan banyak turun naiknya. Aku telah menceburkan diri bersama ahli keluarga. Semenjak 2007 semasa MAHA di Serdang, saya telah berminat tanaman ini terutama melalui teknik tanaman Fertigasi.
Namun perasaan semakin membuak untuk memahami proses tanaman yang dinamakan fertigasi. Banyak teknik yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama : menghasilkan produk yang bermutu. Selepas MAHA 2008, aku nekad untuk mengikuti kursus dan seminar. Seminar Tani di KL telah mengenalkan saya dengan Haji Roslan(kalau tak silap aku) seorang jutawan Cili dari Kg Sg Kertas, Daerah Gombak.

Haji Roslan bermula dengan 800 pokok jer... Selepas 3 tahun beliau telah mempunyai 3000 pokok dengan rumah pelindung. Kalau orang tua boleh buat, inikan pula orang muda yang masih punyai banyak masa.
Pada Dis 2007, aku ikuti kursus anjuran Agrobank di Nia Agro, Sg Buloh. memang banyak memberi maklumat dan info. Dr. Mahamud dari Mardi banyak bagi info/ilmu. Boleh katakan tak lokek ilmu ler...Aku pun dah hilangkan no tel Dr. Mahamud... rugi plak rasanya...Kalau ada yang tau ..info ler kat aku...
Aku banyak gak gali ilmu cili melalui internet. Ada beberapa website yang aku rekomen kat korang ...nanti aku buat linknyer...